Cursor

Purple Fire Pointer

Wednesday, 11 December 2013

Kes Pembunuhan Melibatkan Mona Fandey

Masih ingatkah kita tentang tragedi pembunuhan ngeri Dato' Mazlan Idris (ADUN Pahang) yang dikaitkan dengan Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey. Mona Fandey merupakan penyanyi pada suatu ketika dahulu. Mona terkenal dengan lagu Ratapan Anak. Dato' Mazlan Idris telah dibunuh dengan kejam iaitu dengan cara dikerat kepada 18 bahagian. Berikut di bawah ialah keadaan mayat Dato' Mazlan yang telah dikerat kepada 18 bahagian.


Juraimi adalah tertuduh pertama kes tersebut, manakala Mohd Affandi tertuduh kedua dan Mona merupakan tertuduh ketiga. Pembunuhan tersebut dipercayai bermotifkan wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan wang tersebut selepas Mazlan mandi bunga. Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit berharga RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000). Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.


Setelah siasatan dijalankan, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana membunuh Dato' Mazlan dengan niat. Pada 2 November 2001 , Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Berakhirnya riwayat seorang Mona Fandey. Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. 

Selepas berkuburnya kisah Mona Fandey, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu Hitam yang digunakan oleh Mona Fandey dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fandey.
















Dukun The Movie 2007 yang diambil berdasarkan kisah Mona Fandey

Wallahualam. Semua cerita ini saya petik dari blogger-blogger lain dan daripada Google.com. Semoga kisah Mona Fandey ini dapat dijadikan pengajaran pada masyarakat zaman kini agar tidak mudah percaya pada Ilmu Hitam walaupun kisah ini telah lama berlaku. Jadikan sebagai iktibar dan pedoman dalam kehidupan kita.

1 comment:

  1. Hai mira, sye izzati. Kalau awk read comment sye in tlong contract sye bole? Ada bende penting sngat sye nk cakap
    Ni id telegram sye @izzatisahri.
    Please contact meπŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ» thanks

    ReplyDelete